Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Beli kereta, dapat tuannya sekali

SEORANG wanita cantik di Indonesia bikin heboh di media sosial di negara itu apabila mengiklankan untuk menjual keretanya dengan tuannya sekali.

Wanita itu yang dikenali sebagai Chaecha membuat iklan di Facebook pada 26 Mei lalu untuk menjual kereta Nissan Grand Livina miliknya dengan satu tawaran luar biasa.

Gadis cantik yang berusia 25 tahun itu menawarkan sesiapa membeli kereta itu dengan dirinya sekali.

“Dijual mobil berserta pemiliknya. Minat bisa inbox 0821.1452.4443,” katanya dalam iklan berkenaan tanpa meletakkan sebarang harga.

Chaecha turut meletakkan syarat pembeli tidak boleh memilih dan perlu membeli kereta serta dirinya.

Pembeli juga perlulah lelaki bujang berusia 30 hingga 35 tahun dan sedang mencari teman hidup.

Iklan berkenaan menjadi tular di media sosial di Indonesia dan turut mendapat liputan meluas media negara itu.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Chaecha sudah mendapat pembeli untuk membeli kereta dan hatinya itu.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén