Bukan sekadar blog

Berita Utama

Bedah muka 15 kali, impian jadi Barbie kelihatan seperti Daffy Duck

SEORANG pelajar berusia 22 tahun menjalani lebih 15 pembedahan plastik dalam setahun untuk kelihatab seperti patung Barbie.

Andrea Ivanova dari Burgas, Bulgaria kelihatan jauh berbeza selepas setahun.

“Sejak kecil lagi saya menyukai Barbie dan mengimpikan untuk kelihatan seperti dia suatu hari nanti,” katanya.

Dia dilaporkan menyuntik asid hyaluronik di bibirnya dan ‘mengisi semula’ setiap kali bibirnya mengecut.

Dia berkata: “Saya mungkin buat lebih 15 pembedahan sejak itu (2018). Saya tidak kira, mungkin lebih lagi.”

Walau bagaimanapun, netizen mengkritik penampilannya yang lebih kelihatan seperti watak kartun itik Daffy Duck berbanding Barbie.

“Kamu melakukannya secara berlebihan. Kamu kelihatan seperti Daffy Duck!,” komen seorang netizen. – Mirror UK

Loading...

Leave a Reply