Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Kuat ya anak, kemenangan sedang menunggu mu’ – Bapa rayu rakyat Malaysia doakan Ainul Mardhiah

“KUAT ya anak, kemenangan menunggu mu”. Itu harapan yang diluahkan Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa kepada Ainul Mardhiah, yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor.

Melalui hantaran di Facebook miliknya kira-kira satu jam lalu, Ahmad Safiuddin seakan memberi gambaran anak perempuannya berusia sembilan itu kini sedang melalui proses rawatan seterusnya.

Melalui status dimuat naiknya Ahmad Safiuddin berkata, walaupun dia dan isteri Nurul Erwani Zaidi, 24, tidak dapat menemani anaknya itu tetapi mereka yakin malaikat ada untuk menjaga Ainul Mardhiah.

“Apa pun jawapan Allah, mama dan walid akan terus reda dan bersyukur,” katanya melalui perkongsian di Facebook, miliknya.

Malah, kira-kira 8 malam tadi, Ahmad Safiuddin turut memuat naik gambar bilik yang menempatkan Ainul Mardhiah kosong tanpa kelihatan anak kecil itu.

Melalui perkongsian dimuat naik itu, rata- rata yang mengikuti perkembangan Ainul Mardhiah mendoakan agar anak kecil itu diberikan kesembuhan.

Pada 24 Mei lalu, Ainul Mardhiah bersama ibu dan bapanya terbang ke London bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sana.

Loading...

Leave a Reply