SEMALAM, bank DBS yang merupakan bank terbesar di Singapura telah menurunkan taraf bon Kerajaan Malaysia daripada ‘Bullish’ kepada neutral.
Penarafan untuk menurunkan taraf bon kerajaan ini adalah berdasarkan penarafan nilai yang dilihat semakin tinggi dan juga risiko yang makin bertambah.
Di antara risiko utama yang menyebabkan penarafan baru itu adalah ketidaktentuan yang dilihat akan menyelubungi bon-bon kerajaan Malaysia adalah jangkaan kesan kepada MGS (Sekuriti Kerajaan Malaysia) selepas semakan FTSE Russell’s yang akan dilaksanakan pada September nanti.
Hal ini adalah kerana, jika betul-betul bon-bon kerajaan akan di ‘downgrade’ daripada WGBI oleh FTSE Russells pada September nanti, kebanyakan penganalisis menjangkakan akan berlakulah aliran keluar modal yang signifikan.
Malah ada di antara penganalisis yang menjangkakan ianya akan mencecah AS$6 bilion hingga AS$8 bilion atau kira-kira RM24 hingga RM33 bilion mengikut anggaran.
Selain itu keputusan Dana mahsul Norway yang bernilai AS$1 trillion untuk mengeluarkan bon-bon kerajaan Malaysia daripada indeks tanda arasnya pada awal April yang lalu yang akan melibatkan bon-bon kerajaan yang berjumlah AS$2 billion juga dilihat sebagai risiko utama kepada ketidaktentuan bon kerajaan Malaysia.
Kesan jangka pendek yang akan berlaku akibat daripada kedua risiko di atas adalah kos pinjaman (kadar faedah untuk pinjaman kerajaan) akan meningkat dan nilai matawang ringgit akan semakin menurun daripada nilaian yang ada sekarang.
Leave a Reply