Pemergian pendakwah terkenal, Ustaz Dato Seri Abu Hasan Din Al-Hafiz awal pagi semalam, begitu dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Ini kerana, arwah merupakan antara agamawan yang sangat terkenal dengan keperibadian yang mulia.
Selepas ini pasti ramai yang akan mula merindui kuliah Allahyarham. Mana tidaknya, setiap ceramahnya penuh dengan pengisian rohani yang memberi manfaat.
Arwah tidak pernah marah…
Penyanyi Heliza Helmi yang sering terlibat dalam program-program dakwah turut meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.
Heliza telah memuat naik video perkongsian daripada anak perempuan ustaz Abu Hassan mengenai arwah bapanya yang tercinta.
Menurut anaknya, Munirah Abu Hasan, bapa mereka adalah seorang yang sangat penyabar dan tidak pernah sekalipun meninggikan suara walau apa pun kesalahan yang dilakukan olehnya dan adik-beradik yang lain.
Cukup dengan kata-kata nasihat…
Tambah Munirah, bapanya adalah seorang yang tidak mudah melatah.
Sejak kecil, apabila anak-anak melakukan kesalahan, arwah akan menasihati dengan menggunakan kata-kata yang lemah-lembut dan mudah difahami oleh anak-anak.
Patut dijadikan contoh buat ibu bapa…
Perkongsian itu sangat memberi inspirasi kepada para ibu dan bapa dalam mendidik anak supaya menjadi hamba yang berakhlak. Rata-rata netizen tersentuh dan mahu menjadikan arwah sebagai contoh.
Seronok dapat ayah macam tuan guru…
Peringatan dalam mendidik anak-anak…
Iktibar buat kami sebagai ibu dan bapa
Allahu, sehingga hari ini ilmu dan peribadinya masih lagi mampu memberi manfaat kepada orang lain. Semoga legasi dakwah Allahyarham Ustaz Abu Hassan dapat diteruskan oleh ahli keluarganya yang lain.
Sumber: Heliza Helmi
Leave a Reply