Bukan sekadar blog

Hiburan

Apex Tajudin juara Mentor Milenia 2019

Menepati ramalan ramai, protege Hazama, Apex Tajudin diumumkan sebagai juara Mentor Milenia 2019 yang berlangsung di Sri Pentas ‪2, Plaza Alam Sentral‬, Shah Alam, malam tadi.

Apex atau Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajuddin, 23, menyampaikan dua buah lagu iaitu Merisik Khabar nyanyian asal Sudirman Hj Arshad dan duet bersama Hazama menerusi lagu Fantasia Bulan Madu serta Langit dan Bumi.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan peserta dari Terengganu itu bersama mentornya, Hazama menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan sebuah motor Benneili RFS 150i beserta trofi.

Apex menewaskan tiga finalis lain yang tidak kurang hebat iaitu Aedy Kama yang juga protege kepada Black, Daus Husny (Ernie Zakri) dan Rika Riana (Stacy).

Daus Husny memenangi tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 besertq trofi dan tempat ketiga milik Aedy Kama dengan hadiah wang tunai RM20,000 beserta trofi.

Manakala, Rika Riana di tempat keempat turut menerima wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi.

Persembahan empat peserta dinilai oleh juri tetap Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet, selain Faizal Tahir sebagai juri jemputan.

Juri profesional mewakili 60 peratus daripada markah keseluruhan, manakala 40 peratus lagi daripada undian juri awam.

Malam kemuncak Mentor Milenia 2019 yang disiarkan secara langsung di TV3 itu dihoskan oleh Shuk Sahar dan Elly Mazlein.

Loading...

Leave a Reply