Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

Anwar ramal Tok Mat takkan jadi presiden Umno

Presiden PKR, Anwar Ibrahim percaya timbalan presiden Umno, Mohamad Hasan tidak akan menjadi presiden parti Melayu itu.

“Orang tanya saya, macam mana nak lawan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan. Dia ini sekarang pemangku presiden Umno. Saya tak fikir Mat Hasan akan jadi presiden.

“Itu telahan saya. Pemahaman politik saya. Saya dalam Umno pun lama. Saya (pernah jadi) timbalan presiden dan pemangku presiden (Umno),” katanya kepada pengundi DUN Rantau di Kampung Sega Hilir, Rantau hari ini.

Mohamad Hasan atau lebih mesra dipanggil Tok Mat merupakan calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau yang dijadual pada 13 April ini.

Beliau memangku tugas sebagai presiden Umno daripada penyandangnya, Ahmad Zahid Hamidi yang bercuti pada Disember lalu berikutan kes yang dihadapinya di mahkamah.

Mohamad yang merupakan Adun selama tiga penggal di Rantau akan dicabar calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram serta dua calon bebas dalam PRK Rantau.

Menurut Anwar, sehingga kini masih ramai orang Umno bertemu beliau untuk ‘berunding’ dengannya.

“Mereka pun fikir, kena baik-baik dengan Anwar, lepas ni Anwar jadi perdana menteri, dia pun nak beli insurans.

“Kat bawah mereka kata ini itu keturunan Umno-PAS. Tapi senyap-senyap datang runding juga dengan aku,” jelasnya.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén