Bukan sekadar blog

Berita Utama

Tak guna punya anak saudara!

KANGAR – Siasatan awal polis mengesyaki kebakaran rumah tiga beradik buta di Kampung Titi Besi di sini adalah berpunca daripada anak saudara warga emas terbabit yang berang selepas tidak diberikan duit apabila diminta.

Berikutan itu, polis telah menahan lelaki berusia 28 tahun tersebut dan suspek sendiri mengaku telah bertindak demikian.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. ketika mengesahkan perkara itu berkata, lelaki berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Utusan Online sebelum ini melaporkan jeritan meminta tolong tiga beradik buta yang terperangkap di dalam kediaman mereka yang terbakar berjaya menyelamatkan nyawa warga emas itu dalam kejadian tersebut.

Penduduk kampung yang terdengar jeritan mangsa segera membantu membawa keluar warga emas terbabit ketika api sedang marak dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang.

Loading...

Berikutan kejadian itu, mangsa, Halijah Ibrahim, 78, Che Manai, 73, dan Zainah, 67, tinggal sehelai sepinggang selain kerugian lebih RM10,000 apabila wang tunai, barangan kemas serta pelbagai barangan berharga lain termasuk kelengkapan serta baju raya mereka musnah dalam kebakaran tersebut.

Bagi warga emas itu, sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Rabu depan sudah tidak bermakna selepas rumah pusaka tiga beradik buta yang dihuni sejak puluhan tahun lalu itu musnah. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply