ANAK menteri yang disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dituduh di mahkamah 13 Jun lalu dan diberi ikat jamin RM3,000.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, tertuduh kini sedang untuk dibicarakan.
“Pihak pendakwa raya sudah menuduhnya pada 13 Jun lalu dan diberi ikat jamin sebanyak RM3,000.
“Tertuduh sedang menunggu untuk dibicarakan di Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya ketika sidang media di Bukit Aman, di Kuala Lumpur, hari ini.
Pada 6 Januari lalu, anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan seorang lagi rakannya ditahan selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.
Anak ketiga Mohamad, Ahmad Saiful Islam, 31, ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam.
Leave a Reply