Bukan sekadar blog

Info

Anak gajah pengsan selepas dipaksa berjalan untuk pelancong

AKTIVITI menunggang gajah adalah satu kemestian jika anda melancong ke Thailand.

Meskipun aktiviti popular tersebut sering mendapat kecaman daripada golongan aktivis dan pencinta haiwan, namun ianya tetap diteruskan kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelancong.

Sebelum ini, seekor gajah bernama Dumbo mati akibat patah kaki kerana dipaksa membuat persembahan tarian untuk pengunjung. Kemudian, terbongkar bahawa Dumbo mati akibat kepenatan dan kekurangan malnutrisi.

Kes penderaan haiwan seumpama itu berulang lagi apabila seekor anak gajah berusia setahun pengsan selepas dipaksa berjalan bersama ibunya dalam keadaan cuaca yang panas terik.

Berusaha untuk bangun

Pelancong yang berasal dari Filipina yang merakamkan keseluruhan insiden itu hanya mampu melihat dari jauh bagaimana anak gajah tersebut diikat dengan tali pendek dan berada dalam keadaan yang sangat lemah dan keletihan.

Bagaimanapun, wakil daripada Nong Nooch Tropical Gardens menafikan kejadian tersebut.

“Kesemua gajah dilayan dengan baik dan sihat saja. Veterinar akan rawat jika ianya sakit dan anak-anak gajah disini semua sihat,” katanya.

Video yang dimuat naik turut menarik perhatian segelintir pencinta haiwan. Kebanyakannya menyalahkan pelancong kerana menyokong aktiviti tersebut seolah-olah menggalakkan binatang malang itu dilayan tanpa perikemanusian.

“Sangat menyedihkan. Harap-harap siapa yang bercuti disana nanti tolak bila ditawarkan aktiviti ni..,” kata salah seorang pencinta haiwan.

Layanan teruk ini bukanlah satu rahsia lagi apabila melancong ke Thailand. Tetapi, janganlah kita menyokong apa yang dibuat oleh mereka terhadap haiwan di sana.

Sumber: WorldOfBuzz

Loading...

Leave a Reply