Bukan sekadar blog

Berita Utama

Anak autisme hafal 30 juzuk al-Quran di usia lapan tahun, khatam dalam tempoh 6 hari

Jika dilihat pada luaran, tidak ramai yang menyangka kanak-kanak berusia 11 tahun ini merupakan penghidap autisme.

Disebabkan masalah itu, Muhammad Ammar Qayyim masih berperangai keanak-anakan seperti kanak-kanak tadika.

Dia bukan sahaja masih memakai lampin pakai buang untuk membuang air besar dan menyusu botol ketika tidur malam, malah, perwatakan dan tutur katanya seperti kanak-kanak berusia lima atau enam tahun.

Umur 8 tahun dah hafal 30 juzuk

Namun, Allah itu Maha Besar. Dalam setiap kekurangan, adik Ammar Qayyim dikurniakan dengan satu kelebihan luar biasa yang tidak semua ada.

Bayangkan, seawal usianya 8 tahun, dia sudah mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

Bapanya berkata, kelebiham Ammar Qayyim menghafaz mula dikesan selepas pakar sebuah pusat rehabilitasi mengesan kecenderungan dan mengesyorkan belajar di Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia.

“Seminggu dia belajar di ADH, ramai ustaz kagum dengannya kerana boleh menghafaz al-Quran pada usia baru mencecah tujuh tahun ketika itu,” katanya.

Ibu ayah tak kenal erti putus asa

Bagi pengasas Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia Sheikh Lokman Shazly Azlanii Zaharin berkata, kebolehan Ammar Qayyim sebenarnya datang daripada sokongan ibu bapa yang tida pernah berputus asa.

“Saya tahu, mungkin kanak-kanak autisme seperti Ammar Qayyim ada kerenahnya termasuk sukar ke sekolah, tetapi ibu bapanya mempunyai kesabaran tinggi menghantar anak mereka menuntut ilmu,” katanya.

Khatam dalam masa hanya 6 hari

Kagum dengan kelebihan anak istimewa itu, meskipun tidak normal seperti kanak-kanak lain tetapi dia mampu membaca 30 juzuk Al-Quran dalam masa hanya enam hari.

“Alhamdulillah, walaupun perangainya masih kebudak-budakan, anak ini berjaya buktikan kemampuannya membaca dari juzuk satu hingga 30 selama enam hari dengan kesalahan 14 saja pada ujian program syahadah yang kita lakukan tahun lalu…”

“Untuk makluman, kita sasarkan seseorang boleh ke program syahadah paling kurang 15 kesalahan saja, maknanya Ammar Qayyim hebat kerana sudah melepasi tahap itu…”

Mengetahui kelebihan yang ada pada Ammar Qayyim, ibu bapanya menanam hasrat agar anaknya dapat menyambung pengajian dalam bidang tahfiz tahap syahadah.

Loading...

Leave a Reply