Bukan sekadar blog

Hiburan

Anak Abby Abadi meninggal dunia

SELEPAS lebih dua bulan bertarung nyawa, anak kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Danial Firman Faizal meninggal dunia akibat komplikasi pada hati.

Berita sedih itu dikongsikan Abby dan suami, Muhammad Faizal Zakaria menerusi Instagram pada awal pagi Ahad.

Bagaimanapun kedua-dua mereka kini berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah sejak Khamis lalu melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat menatap wajah anak mereka buat kali terakhir.

“Sedih sangat-sangat sebab abah tak dapat jumpa Baby D untuk kali terakhir… abah tak dapat nak uruskan Baby D.

“Maafkan abah sayang sebab tak dapat uruskan untuk kali terakhir,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu Abby menerusi Instagram turut memaklumkan bahawa jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat di Kuala Lumpur.

“Maafkan mama dan abah sayang. Pak ngah, mak teh dan pak teh akan uruskan jenazah selepas subuh esok.

“Baby D, tarik mama dan abah masuk syurga nanti ye sayang,” luah Abby.

Muhammad Danial dilahirkan pra matang seberang 535 gram pada 27 September lalu.

Khamis lalu sebelum Abby sekeluarga berangkat mengerjakan umrah, dia ada berkongsi foto stok susu yang ditinggalkan untuk arwah Muhammad Danial.

Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Sebelum melahirkan Muhammad Danial, Abby pernah mengalami keguguran pada 2016 dan 2017 sewaktu kandungannya mencecah lima bulan.

Loading...

Leave a Reply