Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

AMK Kelantan lapor polis terhadap Takiyuddin kerana gelar Anwar sebagai bekas banduan

KOTA BHARU – Satu laporan polis dibuat hari ini berhubung kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menggelar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai bekas banduan walaupun sudah mendapat pengampunan penuh.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Muhammad Arif Mukhtar, berkata sebagai seorang pemimpin, tidak sepatutnya Takiyuddin mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Kenyataan itu seolah-olah mempertikai pengampunan diraja yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Justeru, kami mewakili AMK Kelantan mahu pihak polis menyiasat kenyataan berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Takiyuddin ketika berceramah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan bagi membantu calon PBS baru-baru ini antara lain mempersoalkan sama ada Anwar layak menjadi perdana menteri berikutan statusnya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan itu.

Takiyuddin dilaporkan mempertahankan kenyataan itu dan menafikan mempertikaikan Yang di-Pertuan Agong.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén