Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Allah hantar burung undan, penternak ikan Israel rugi besar

Ketika nelayan Palestin sukar menangkap ikan kerana pelbagai sekatan oleh rejim Zionis, puluhan ribu burung undan yang berhijrah dari Balkan ke Afrika menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada penternak ikan Israel.

Burung terbabit yang melarikan diri dari musim sejuk singgah di negara itu dan memakan ikan diternak menyebabkan penternak Israel membelanjakan ratusan ribu ringgit dalam usaha menghalang.

Penternak menggunakan pelbagai cara, termasuk pembesar suara, pancaran laser malah menembak menggunakan peluru kapur namun gagal.

Dianggarkan 50,000 burung itu singgah di Israel ketika musim sejuk sebelum kembali Eropah.

Menurut pengurus besar sebuah pusat ternakan, Eli Sharir, sebelum sampai ke Israel, burung terbabit tiada tempat untuk singgah dan kerugian dialami amat besar.

“Kita bercakap mengenai jutaan shekel (ringgit) setahun,” katanya.

Sejak beberapa tahun lalu, penternak terpaksa memberi makanan percuma kepada burung terbabit bagi mengelak ia menceroboh kolam ternakan.

Mereka terpaksa membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi melepaskan ikan hidup di satu kolam takungan air di utara Israel untuk melepaskan ikan hidup sebagai makanan burung terbabit.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén