Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Hiburan

Aliff Syukri insaf, tidak mahu riak lagi di media sosial

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berjanji untuk tidak bersikap riak di laman sosial.

Malah, Aliff juga mengakui sudah meminta ampun dan maaf kepada ibunya, Rozita Ibrahim susulan video yang dimuat naik di IG minggu lalu.

“Saya sudah berjumpa bonda dan berkongsi video di IG. Cuma, apa yang dimuat naik itu adalalah rakaman semula. Sebelum itu, adalah dia mengamuk dan bising. Sama juga saya.

“Namun, ia tidak dikongsikan. Saya tunjuk yang gembira saja. Sebab, tidak mahu orang akan bercerita lebih buruk. Bagi saya, macam mana jahat sekali pun mak kita, dia tetap mak kita. Dalam kes saya, bukan nak kata mak saya jahat.

“Jadi, saya sudah minta maaf dan ampun daripadanya. Saya juga berjanji takkan riak dan akan dengar cakap,” katanya kepada Harian Metro.

 

View this post on Instagram

 

. . Saya sayang ..saya janji x buat vidio yg mak x suka lagi lepas ni…..terima kasih syg saya kri dr dulu sampai skrg..sy tau knp Mak selalu tegur saya sbb syg kri.. i love u mak sampai syurga @bondarozitaibrahim Biar apa orang mengutuk dan mengecam saya yang penting keluarga saya tahu siapa saya dan saya minta restu mak saya dan saya tak nak bagi mak saya marah lebih baik saya mengalah.. . . cer komen jujur vokal live suara abg sedap tak?? ni bukan auto tune yee🙏🏻🙏🏻 jujur . . lagu ini akan sy relase esok jumaat jam 12 tghri ini nantikan.. di youtube tv terlajak laris .. jgn lupa dengar kemerduan suara kebanggaan dunia

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Aliff juga menegaskan dia tidak gila atau sakit mental seperti yang didakwa masyarakat.

“Orang tak boleh rasai apa saya rasa. Mereka orang biasa yang tengok saya di IG dan FB. Mereka tak pernah rasa menjadi Aliff Syukri sebenar yang mana bukan seperti apa yang dipertontonkan.

“Masyarakat hanya nak nampak isu panas yang disogokkan oleh media massa sedangkan mereka tak tahu apa saya buat. Kalau saya gila, saya takkan ada kerja dan pergi jumpa mak.

“Sejujurnya, saya memang jumpa doktor untuk mendapatkan ketenangan. Malah, ia ada kaitan dengan tindakan nak bunuh diri. Tapi, saya bukan jumpa doktor sakit jiwa. Saya tertekan dengan pekerja dan hal lain,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén