Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Semoga daddy dah tak panas baran lagi..’ – Isteri suspek tampil mohon maaf

SUSULAN kejadian seorang lelaki melempang muka serta menumbuk kepala pemandu wanita di Jalan Datuk Keramat, semalam, pihak polis kini sedang giat mencari suspek.

Menurut pihak polis, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan khianat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan dengan sengaja serta kerana melakukan khianat.

Kejadian dipercayai berpunca daripada pemandu wanita yang memasuki simpang jalan tanpa memberikan lampu isyarat.

Semoga daddy tak panas baran lagi…

Sementara itu, seorang wanita dipercayai isteri suspek tampil memohon maaf di Facebook miliknya berikutan tindakan suaminya yang melampau batas itu.

Mengakui suaminya seorang yang panas baran, wanita yang dikenali sebagai Faridah itu berharap kejadian tersebut menjadi pengajaran berguna supaya suaminya berubah menjadi seorang lelaki yang penyayang terhadap isteri dan anak-anak.

Loading...

Semoga akak tabah dengan ujian Allah

Faridah turut berharap agar kehidupan mereka sekeluarga dipermudahkan. Berikutan itu, netizen membanjiri ruangan komen memberikan kata-kata semangat buat Faridah.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya

Kalau settle elok-elok kan bagus…sabar ye bonda

Kalau ye pon baran bertempat lah..hope dua-dua dapat pengajaran

Dia dah pun serah diri harap jangan la buat andaian lagi…

Sumber: Freeda’s Faridah

Loading...

Leave a Reply