Bukan sekadar blog

Politik

Air mata Rahman Dahlan dan Bung Mokhtar rai kemenangan BN di Kimanis

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan sahabatnya Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menitiskan air mata menyaksikan kemenangan calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis, malam ini.

Jelasnya, sejak 19 bulan lalu UMNO Sabah hampir lumpuh.

“Kami kehilangan 16 ADUN, enam Ahli Parlimen dan 22 daripada 25 ketua bahagian.

“Tiada siapa yang memberikan kami peluang.

“Tiada siapa percaya kepada kami.

“Hari ini adalah kemenangan kami yang sangat manis. Allah Maha Besar!” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Calon Barisan Nasional Datuk Mohamad Alamin menewaskan calon Warisan Datuk Karim Bujang dengan majoriti 2,029 undi. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply