Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Ahmad Said berang kerajaan PH potong royalti 25 peratus

KUALA TERENGGANU – ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat memotong sebanyak 25 peratus daripada Wang Tunai Petroleum (WTP) yang dibayar kepada Kerajaan Terengganu.

Beliau berkata, perkara itu sepatutnya tidak berlaku memandangkan Pusat juga mempunyai tunggakan hutang dengan kerajaan negeri.

“Sepatutnya Pusat juga harus ambil kira pengambilan wang kerajaan negeri bagi pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

“Kalau kita ada hutang RM700 juta, mereka ambil duit kita RM1.850 bilion, tolaklah, ada berbaki RM1 bilion lagi tidak termasuk RM200 juta yang saya tuntut dahulu untuk dibayar setiap Januari oleh mereka kerana gunakan wang kita untuk projek lain.

“Saya rasa belum lagi habis jumlah hutang RM2.1 bilion dulu. Tak apa, kita tak ada masalah, kalau tolak hutang, tapi kita mahu supaya ia ‘fair and square’,” katanya ketika sesi soal jawab dalam Sidang DUN di sini, hari ini.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén