Bukan sekadar blog

Berita Utama

Ahli politik Belanda anjur peraduan lukis kartun Nabi Muhammad

AMSTERDAM – Seorang ahli politik anti-Islam di sini, Geert Wilders berkata akan meneruskan rancangan mengadakan peraduan melukis karikatur Nabi Muhammad.

Peraduan itu dihentikan sejak lebih setahun lalu kerana bimbang ancaman serangan pihak tertentu di Belanda.

Wilders berkata demikian dalam satu entri di Twitter semalam, sekali gus mengajak orang ramai menghantar lukisan karikatur Nabi Muhammad mereka.

Beliau pernah membatalkan peraduan sama Ogos tahun lalu selepas polis menahan seorang lelaki yang mengugut untuk membunuhnya kerana rancangannya itu.

Loading...

Rancangan itu turut mencetus bantahan besar-besaran di Pakistan, anjuran parti Islam Tehreek-e-Labbaik, yang turut mendesak negara Islam lain memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Belanda.

Pada 2005, sebuah akhbar Belanda Jyllands Posten menyiarkan kartun Nabi Muhammad hingga mencetuskan demonstrasi di seluruh negara Islam di dunia selain beberapa cubaan untuk membunuh editor atau kartunisnya, Kurt Westergaard.

Sedekad kemudian, dua pelampau Islam melepaskan tembakan rambang yang membunuh 12 orang di pejabat majalah Charlie Hebdo di Paris yang cukup popular dengan penerbitan kartun satira Nabi Muhammad. – Reuters

Loading...

Leave a Reply