Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

Ahli PAS jujur perlu tinggalkan parti, kata Mahfuz

ALOR SETAR – Ahli PAS yang jujur dalam perjuangan diminta meninggalkan parti itu berikutan PAS kini berada dalam kemunafikan politik selepas diperalat demi kepentingan pemimpinnya.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Mahfuz Omar, berkata sebagai antara bekas pemimpin PAS, beliau sangat memahami sikap ahli parti itu yang sebenarnya mudah ditipu termasuk dalam isu ‘kartel dedak’.

Katanya, ramai ahli PAS termakan dengan penafian pimpinan parti itu selepas pendedahan menantu Presiden PAS, Zaharudin Muhammad mengenai berlaku penerimaan dana daripada UMNO oleh pimpinan PAS.

“Sebelum ini PAS sendiri mengakui rakaman audio yang tersebar membuat pengakuan mengenai penerimaan wang jutaan ringgit daripada UMNO adalah suara Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Memang jelas perkara ini berlaku, saya kasihan kepada ahli PAS, mereka sangat jujur, tetapi berada dalam lubuk kemunafikan politik parti dan berharap mereka dapat berfikir mengenai perkara itu daripada terus diperalatkan pimpinan PAS,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama ahli Kelab Media Elit Kedah (KMEK) di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Zaharudin melalui beberapa catatan di Facebook membangkitkan isu ‘kartel dedak’ yang berlaku dalam parti itu.

Menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut mendedahkan lima pemimpin PAS terbabit dalam penerimaan wang jutaan ringgit daripada UMNO.

Bagaimanapun, nama lima pemimpin berkenaan tidak dinyatakan dengan jelas, sebaliknya diletakkan mengikut singkatan nama individu dimaksudkan.

1 Comment

  1. azriv

    ini manusia laknat…penjilat air lendir cina2 komunis..
    kesian ko mahpus…mampus lg bagus

Leave a Reply

Theme by Anders Norén