Bukan sekadar blog

Berita Utama

Ahli Parlimen DAP disahkan positif Covid-19

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii telah diuji sebagai positif untuk Covid-19 dan kini di bawah kuarantin di Hospital Sarawak.

Dalam satu kenyataan, Yii berkata bahawa dirinya bersama ahli parlimen Stampin, Chong Chieng Jen telah melalui ujian virus itu dengan Chong disahkan bebas daripada jangkitan virus berkenaan.

“Jabatan Kesihatan malam tadi mengeluarkan keputusan ujian Covid-19 untuk diri saya dan Chong yang menunjukkan bahawa Chong adalah negatif, tetapi saya pula positif untuk Covid-19.

“Lewat malam tadi, saya dimasukkan ke Hospital Sarawak dan kemudiannya dikuarantin untuk pemantauan selanjutnya berdasarkan prosedur standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Yii yang juga adalah seorang doktor perubatan berkata dirinya masih belum menunjukkan sebarang gejala dan dalam keadaan stabil.

“Ujian di wad juga menunjukkan bahawa saya tidak mempunyai demam dan semua tanda-tanda penting adalah normal,” katanya.

Yii berkata beliau ada berurusan dengan ahli parlimen Sarikei Wong Ling Biu pada 2 Mac lalu.

Wong adalah wakil rakyat pertama yang disahkan positif bagi virus itu.

Loading...

Leave a Reply