Bukan sekadar blog

Politik

Abdul Hadi dimasukkan ke IJN

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini bagi mendapatkan rawatan semalam.

Menurut laporan portal Malaysiakini, perkara tersebut telah disahkan oleh Setiausaha Akhbar Abdul Hadi, Abdul Malik Ab. Razak menerusi aplikasi Whatsapp pagi tadi.

Menurut Abdul Malik, doktor yang merawat Abdul Hadi telah mengarahkan Ahli Parlimen Marang itu untuk berehat,

Loading...

“Betul (Abdul Hadi masuk IJN semalam). Doktor memberi nasihat supaya tuan guru (Abdul Hadi) berehat,” katanya di sini hari ini.

Abdul Hadi pernah dimasukkan ke IJN pada Mei 2017 untuk menjalani pembedahan penggantian injap jantung dan menerima rawatan intensif daripada pakar-pakar di situ selama sebulan. -UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply