Bukan sekadar blog

Berita Utama

Abang botak naik angin pecahkan cermin kereta orang

SEORANG penunggang motosikal berang selepas dihon oleh sebuah kereta di belakangnya kerana menghalang laluan.

Menerusi video yang viral di media sosial, lelaki berkepala botak itu dilihat sedang menunggang di sebelah seorang rakannya sambil berbual-bual menyebabkan kereta di belakangnya gagal memotong.

Pemandu kereta telah membunyikan hon tetapi tidak diendahkan oleh lelaki itu.

Bagaimanapun, pemandu kereta berjaya memotong ketika melalui satu jalan lurus tetapi dia dikejar lelaki itu sehingga ke satu kawasan perumahan.

Lelaki botak itu kemudiannya bertindak memberhentikan motosikalnya lalu menghentakkan topi keledar pada cermin depan menyebabkan ianya pecah.

Lelaki itu juga sempat mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemandu kereta sebelum beredar dari tempat kejadian.

Berikutan itu, netizen mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut yang kurang ajar dan tidak menghormati pengguna jalan raya yang lain.

Tidak kurang juga ada yang menasihati pemandu kereta supaya membuat laporan polis agar lelaki botak itu ditangkap kerana telah merosakkan harta benda orang lain.

Loading...

1 Comment

  1. MASLINDA

    semoga mamat ini tidur dalam lokap apa nama manusia entah dah salah engkau tak fikir ke apa kau ingat jalan tu mak bapa kau punya apa boleh berborak2 masa memandu yang jadi masalah kepada pemandu lain… harap orang mcm ini di tangkap polis dan tidur kat lokap je

Leave a Reply