Bukan sekadar blog

Berita Utama

58 pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenar keluar hospital

SEBANYAK 58 kes pulih dan dibenarkan pulang hari ini menjadikan jumlah kumulatif 537 kes Covid-19 berjaya dipulihkan atau 19.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hari ini juga terdapat 140 kes baharu yang dilaporkan.

Menurutnya, ia menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 2,766 kes.

“Sehingga kini, seramai 94 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Daripada jumlah itu, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Loading...

Leave a Reply