Tidak semua manusia di dunia ini dilahirkan sempurna. Ada segelintirnya dilahirkan serba kekurangan baik dari segi fizikal mahupun mental sehingga membataskan diri untuk menjalani kehidupan secara normal.
Begitu juga dengan nasib seorang lelaki golongan orang kurang upaya (OKU) ini yang hidupnya daif dan hanya mampu mengharapkan belas ihsan orang lain.
4 hari dah tak jamah nasi
Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang individu dengan nama akaun @MOFASAd memuat naik video memaparkan lelaki OKU itu sedang menikmati makanan yang disedekahkan kepadanya.
Apa yang membuatkan ramai berasa tersentuh, lelaki OKU ini kelihatan cukup berselera sekali menikmati nasi berlauk kerana sudah beberapa hari tidak menjamahnya.
Comel insan istimewa ni! 😂😂😂 pic.twitter.com/J7uWxUnS8t
— Pasad (@MOFASAD) ١ ديسمبر ٢٠١٩
Cukup, tapi nak tambah lagi
Dapat diperhatikan menerusi video tersebut, riak wajah gembira di wajah lelaki OKU itu apabila dapat menikmati makanan yang lazat.
Malah, dia meminta untuk menambah nasi lagi kerana masih lagi merasa lapar.
Simpati melihat nasib lelaki OKU, individu yang merakam video tersebut telah meminta orang lain untuk memberikannya lagi makanan.
Bergenang air mata aku…
Gelagat lelaki OKU telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-ratanya turut gembira melihat telatahnya selain merasa hiba melihat nasib hidup insan sepertinya.
Sarifah
Kita yg makan mewah ni buang makanan membazir Sedih tgk ada rakyat Msia yg susah dpt makan nasi shj pun dh ckup pd dia.