Pasangan suami isteri bersama dua anak mereka berusia satu dan lima tahun tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang mereka mereka diami hangus dalam kebakaran di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Isnin lalu.
Menurut sumber yang juga jiran kepada mangsa, kebakaran dipercayai berlaku ketika empat beranak itu tiada di tempat kejadian, malangnya keseluruhan rumah yang diperbuat daripada kayu itu musnah 100 peratus.
Turut musnah dalam kebakaran sebuah kereta milik mangsa.
Dalam pada itu, jiran mangsa yang dikenali sebagai Marzura telah memuat naik beberapa keping gambar kejadian tersebut di Facebook mliknya dan merayu kepada orang ramai agar menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa.
“Saya selaku jiran, mohon sumbangan anda. Mereka tidak meminta, tapi saya percaya mereka sangat memerlukan ketika ini,” katanya.
Sehubungan itu, sesiapa yang mahu menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun Bank Muamalat 07020037048721 atas nama mangsa, Mohammad Aizat Anuar.
Sebarang maklumat boleh hubungi Aizat di talian 0192624185 dan isterinya, Ika 0174698585.
Leave a Reply