Bukan sekadar blog

Berita Utama

20,000 hadiri ceramah Ustaz Abdul Somad di Melaka

KEDATANGAN pendakwah dari Indonesia, Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai Ustaz Somad menerusi program ceramah perdananya di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, malam tadi, berjaya menghimpunkan lebih 20,000 umat Islam.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu adalah pertama kali diadakan dengan mengundang penceramah terbabit di negeri itu.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Melaka, pendakwah dari Sumatera utara itu mengenakan pakaian baju Melayu lengkap bersampin sambil memakai tanjak ketika menyampaikan ceramah.

Ceramah yang berkisar mengenai kehidupan umat Islam zaman moden itu dimulakan selepas solat Isyak sebelum tamat jam 11 malam.

Mufti Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, pihaknya sangat terharu dengan sambutan baik umat Islam di Melaka terhadap program dakwah yang diadakan itu.

Katanya, pada masa sama, beliau tidak menyangka kerana buat pertama kaki Masjid Negeri dua tingkat itu penuh sesak dan suasana serupa berlaku di kawasan masjid iaitu di Dataran Al-Azim.

“Alhamdulillah, dengan cuaca yang baik umat Islam dapat mendengar serta menghayati ceramah yang disampaikan Ustaz Somad itu,” katanya.

Ustaz Somad berada di Malaysia untuk menjalankan aktiviti dakwahnya sejak 2 Februari lalu sehingga Ahad ini.

Beliau dijadual menyampaikan kuliah Subuh juga di Masjid Al-Azim sebelum ke Kuantan dan berakhir di Terengganu, Ahad ini.

Loading...

Leave a Reply