Bukan sekadar blog

Sukan

19 tahun curah bakti demi negara, Chong Wei mahu bawa isteri ‘honeymoon’

SELEPAS mengumumkan persaraan daripada sukan badminton, Datuk Lee Chong Wei telah memberitahu serba sedikit mengenai perancangannya untuk masa akan datang.

Bersara dan ingin berehat

Dalam sidang media semalam, Lee Chong Wei memberitahu bahawa pengundurannya sebagai pemain badminton negara adalah disebabkan faktor kesihatan dan tiada langsung desakan daripada mana-mana pihak.

Pengumuman itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Timbalan Menteri Steven Sim dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Hutang honeymoon dengan isteri

Menurut Chong Wei, buat masa ini beliau hanya mahu berehat dan bersama keluarga.

“Saya berhutang dengan isteri saya. Kami belum sempat bulan madu walaupun sudah tujuh tahun berkahwin.

“Seperti yang anda tahu, sebagai atlet badminton saya lebih banyak menghabiskan masa untuk latihan dan menyertai pelbagai kejohanan. Sukan ini tidak membenarkan saya untuk berhenti atau berehat seminggu dan kemudian sambung beraksi semula. Saya terpaksa beraksi dan berlatih dan jarang mempunyai masa.

“Jadi mungkin selepas ini kami akan pergi bercuti dan tebus semula bulan madu kami yang tertangguh selain saya juga mahu meluangkan masa lebih banyak dengan anak-anak saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam sidang media itu juga, Chong Wei turut menyatakan bakal merindui semua yang ada dan pernah menyokong kariernya dari bawah sehingga beliau berada di puncak.

Jasamu dikenang Datuk!

Sementara itu, netizen juga mengucapkan selamat bersara kepada jaguh badminton negara itu selain turut menyokong tindakannya yang ingin berehat bersama ahli keluarga tercinta.

Nanti boleh curah ilmu pada genarasi baru

Kelibat Datuk dalam sukan badminton pasti dikenang

Pusing satu dunia Datuk

Loading...

Leave a Reply