Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka disambut pada 5 Jun depan.
Bagaimanapun 31 Mei ini adalah hari bekerja terakhir untuk 135 pekerja FELDA Engineering Services Sdn Bhd dan FELDA Properties Sdn Bhd.
Lima hari sebelum Hari Raya, 130 orang akan kehilangan kerja.
Kedua-dua syarikat ini sudah beroperasi 30 tahun di bawah Barisan Nasional (BN) dan selama ini adalah syarikat yang beruntung.
Oleh itu, ramai yang diberhentikan telah berkhidmat lebih dari 10 tahun di sana.
Tetapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) berpendapat kedua-dua syarikat ini tidak lagi diperlukan.
Dikhabarkan juga bahawa pampasan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) kepada pekerja-pekerja yang akan diberhentikan tidak adil berbanding syarikat-syarikat yang lain.
Itulah nasib rakyat di Malaysia Baharu ini.
Leave a Reply