Bukan sekadar blog

Berita Utama

123 kes baharu Covid-19 hari ini, jumlah kumulatif 1,306

Sebanyak 123 kes baharu telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,306 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulla berkata, daripada 123 kes baru yang dilaporkan hari ini, sebanyak 74 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh yang berlangsung di Masjid Jamek Seri Petaling, di Kulala Lumpur pada hujung bulan lalu.

Sebanyak 49 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.

Sementara itu, sehingga kini, seramai 46 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, sebanyak 22 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Loading...

Leave a Reply