Bukan sekadar blog

Berita Utama

11 rumah di Besut rosak dibadai ribut

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 11 buah rumah di daerah Besut rosak akibat dibadai ribut dalam kejadian bermula kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Jabi, Jerteh dan Kota Putera.

DUN Jerteh mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak enam buah rumah rosak diikuti DUN Jabi (empat rumah) dan sebuah rumah di DUN Kota Putera.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Besut dalam kenyataannya hari ini berkata, enam buah rumah yang rosak di DUN Jerteh melibatkan Kampung Kubang Bembam, Kampung Padang Luas Dalam, Kampung Pak Da Malik dan Kampung Berhala Tambung Nyiur 7.

Bagi DUN Jabi pula, empat buah rumah terjejas melibatkan Kampung Bukit Jeruk, Kampung Bukit Tanah dan Kampung Tasik Nibong.

Manakala sebuah rumah terjejas dalam DUN Kota Putera iaitu di Pekan Sari Tembila.

Loading...

Leave a Reply