Bukan sekadar blog

Berita Utama

103 pesakit Covid-19 telah sembuh, hanya 50 kes baharu

SATU kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 93 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 50 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 5,532 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 43 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 25 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 103 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 3,452 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 62.4 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,987 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Mengulas mengenai kes kematian ke-93 itu, Noor Hisham berkata, ia membabitkan kes ke-5483 iaitu merupakan perempuan

warga Malaysia berusia 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah dan darah tinggi.

“Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 April dan disahkan meninggal dunia pada 22 April 2020 jam 9.15 pagi,” katanya.

Loading...

Leave a Reply